Offer Terhebat

Monday, February 27, 2012

hujan dan kinder bueno

hai assalamualaikum. syukur alhamdulillah kerana akhirnya aku berjaya membuka new post dan mengupload gmbr di dalam entri ini. berbekal kan EDGE dan addtional volume yang TERpaksa di-purchase, aku redha T_T.
 uhuk. dari tadi aku cuba nak connect. argh tekanan tekanan. adakah ini bermakna pihak berukbang suda mula muak dengan request aku yang asyik tekan button connect dan bila tak dapat aku terus cabut baru sambung balik berukbang itu. hm. aku musykil. apa pun, itu bukanlah pointnya. siang tadi aku pegi kk ambil mama dan terus melawat macik.

so i was just simple today. err i mean my make up >.< is that even called "make-up" ?
teehee

what im tryna share tonight is about the weather today. oh my. tadi masa aku balik dari kk, hujan lebat tak hengat sampaikan cermin tak nampak der. gua dah naik risau. memang baca doa je la. aku memang baca ayat kursi ja. uhuk. risaunya aku dalam perjalanan tadi. berbekalkan muka yang comel tak cukup la der untuk selamat dalam perjalanan. ahak.

tapi aku lepas jugak lah. alhamdulillah ya Allah. aku risau sebab jalan berbukit tu. syukurlah jugak selamat. aku memang dan tawakkal dan redha ja tadi. bawak pelan-pelan. yalah, biar lambat asal selamat :D



so tadi singgah Giant papar sebab hujan tu belum nak reda. maka haruslah kan berhenti seketika. beli barang sikit. dan dan dan jom kite ber-bueno. okay aku bukanlah jakun yang baru nak makan kinder bueno. jauh sekali nak berbangga mahupun angkuh dan riak >< cuma kan, aku rasa macam first time pulak makan kinder bueno white.


hehe. kau ada? 
kbai

Sunday, February 26, 2012

masa depan negara di tangan generasi muda.

hai assalamualaikum. slmt malam. aku baru selesai kemaskan diri (adaka ayat kemaskan diri?). sebab aku baru pulang dari kk. melawat macik yang kena tahan d Damai specialist hospital. uhuk. doakan macik aku cepat sembuh ya kawan-kawan. aku harap dia cepat keluar hospital. anyway, di malam yang ok-ok saja ni, aku sebenarnya nak kongsi kan pendapat aku yang aku rasa patut untuk disuarakan. apa pun, dengan entri ini, aku bukan nak salah kan mana-mana pihak. cuma berusaha sedikit agar kita semua sama-sama dapat ambil iktibar dan bertanggungjawab. **ehem. seriusnya ayat.

masa depan negara terletak di tangan generasi muda. betul atau tidak? pada pandangan aku, budak-budak sekarang lah yang akan menjadi pewaris negara ni. so, kerana itu, ceh, aku suka perhatikan budak-budak sekarang. aku rasa, budak-budak sekarang terlalu dimanjakan. mungkin kerana zaman telah berubah dan arus pembangunan dan modenisasi telah membangun.tapi, isu nya yang aku nak cakap ialah pendidikan. aku perasan, bila tanya dua darab satu berapa? ada yang masih terkial-kial nak jawab. kenapa?

sekarang kat sekolah, pelajar macam lebih senang. dulu, waktu aku sekolah, kadang-kadang sebelum balik, semua mesti berdiri atas kerusi dan cikgu soal tentang sifir. siapa dapat jawab dia boleh pulang. dan sebab itu lah ramai yang bersungguh-sungguh hafal sifir. lepas tu, pukul tangan atau rotan bukanlah satu isu. ibu bapa jarang sangat nak back up anak. sebenarnya rotan tu tak salah. aku rasa, menghukum pelajar bukanlah satu kesalahan. melainkan alasan dia dihukum tidak logik dan munasabah. kalau dulu, kerana rotanlah, seseorang berjaya. 

cikgu mungkin perlu lebih tegas kepada pelajar. jangan biarkan mereka-mereka ni terlalu bersenang lenang. aku tengok banyak dah budak-budak yang besar kepala dan pijak kepala orang lain. hmm. kadang-kadang ada jgak cikgu yang tak bertanggungjawab dan biarkan pelajar buat apa saja. tapi bukan semua guru macam tu ok. BUKAN SEMUA. bukan aku nak kata apa la. tapi kadang-kadang ada ibu bapa yang terlalu sayangkan anak tapi tak bertempat. ada yang terlalu memihak kepada anak sehingga anak tak boleh disentuh/dihukum/dimarah oleh guru. sebenarnya itu tugas seorang guru untuk mendidik dan membentuk anak untuk menjadi seorang yang lebih baik. dan dalam banyak kes, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. jangan kerana perbuatan seseorang, semua orang nak disamakan. yala, macam kes rotan pelajar, kena tengok sebab dia. bukan terus nak back up anak. kan? 

sebenarnya apa yang aku macam tak berapa nak sokong ialah bantuan kuam dan macam-macam bantuan kewangan yang lain dari kerajaan. (aku bukan seorang anti-kerajaan ok) aku tengok budak-budak yang terima bantuan ni kadang-kadang ada yang budak malas belajar, suka ponteng sekolah dan banyak masalah disiplin,. lepas, ada pulak yang guna duit tu bukan untuk yang sepatutnya. siap ada yang dapat bantuan basikal dn macam-macam lagi lah. eish. aku bukan nak kata apa. waktu zaman aku sekolah, sangat susah nak dapat bantuan atau biasiswa sebab betul-betul kena tapis. bila seseorang dapat biasiswa, dia kena maintain pelajaran dia, tak bole ponteng dan macam-macam lagi. yang ni barulah layak nak dapat biasiswa. tapi tengoklah sekarang. dah dapat duit, pelajaran entah kemana, sekolah entah kemana. kenapa perlu nak bagi pelajar sekolah rendah duit? mungkin nak ringankan beban ibu bapa, tapi kalau tolong pun, tak membantu akademik dia, buat apa? tak patut membazirkan duit kepada sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. sorry to say. kalau nak reward pelajar, mesti kena pada tempat. 

zaman telah berubah. dulu, ibu bapa datang pada guru, "cikgu, kalau anak saya nakal, pukul lah dia" sekarang susah nak jumpa. dulu cikgu besarkan mata, pelajar dah kecut perut. sekarang cikgu menjerit, pelajar boleh menjerit lebih kuat. aku sedih dengan generasi muda walaupun tak semua yang macam tu.

memang betul zaman telah berubah. tapi ni negara aku. aku tak mau satu masa akan datang, negara diperintah oleh pemerintah yang tidak sepatutnya. negara kita, tanggungjawab kita.

kalau aku salah, tolong tegur. aku cuma nak suarakan pendapat aku. so terlebih dahulu, aku mohon maaf.
kbai.




untuk c kaki pancing. can you beat him?

hai assalamualaikum. yes. topik hari ni untuk kaki pancing macam abg sepupu aku. dia seorang kaki pancing tegar sampai dia pakat beli bot dan enjin bot. fuhfuh. dia ni cikgu okay. so weekend dan cuti memang dia suka pergi ke laut except ada benda lain dia nak buat. nak dijadikan cerita, subuh tadi dia turun nak mancing. dia balik sebelum zuhur mcm tu. dia mintak tolong angkatkan tong besar dia tempat letak ikan. aku pun tolong lah. mak aih berat kot. lepas tu bukak tong banyaknya ikaaaaaaaaaaan >< tapi tu pun ikan besar-besar tak banyak. ikan kecik yang banyak. TAPI ! di bot dia ada lagi tinggal. tak silap 3 ka 4 ekor. uhuk. tengok lah gambar.

uhuhuk. unbelievable betol lah bakat dia. haha. sorang2 pulak tu pegi boleh dapat macam ni punya banyak. selalu tak la banyak macam ni. heeee

yang ni anak dia merangkap anak buah aku la. ada ka patut masa dia tlg angkat dua ekor yang besar tu, dia keberatan terus heret ikan tu. aha. tak pasal-pasal aku kena berlari selamat kan ikan tersebut. isk isk isk kejam nya dia.

so, ada berani?
beat him ;p

Saturday, February 25, 2012

29th feb tahun lompat

hai assalamualaikum. aku seriously need a lot of rest right now. i am so exhausted and sleepy for sure. dan aku dapat rasa virus flu mula menyerang diri ini :( hari ini tidak seronok sangat2. yang seronok cuma boleh pakai shawl empat segi baru yang sungguh ohsem.

saya bukanlah secerah fair and lovely di atas. harap maklum.

maka dengan itu, haruslah aku berbangga dengan shawl itu yang sungguh comels dan ohsem kerana coraknya yang unik. teehee.

tapi itu bukan point nya okay. aku letih sangat-sangat hari ni. tapi tak boleh tak bukak blog kerana blog umpama rumah kedua bak kata c ezwan. melampau sangat-sangat la c ezwan tu. aku tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni dia menjadi seorang pelampau macam tu. aku pun stress.

hari ni 25 feb 2012. rupanya tahun ni tahun lompat kan. means 29hb feb wujud pada tahun ni. so korang yang lahir 29th feb ni, dan berapa taun? yala, kan umur korang bertambah tiap 4 tahun. oh korang sungguh muda. sebenarnya macamna boleh wujud tahun lompat ni? sapa-sapa yang tau boleh share please?


okay sekarang aku mau jadi silent surfer ;p

kbai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...